Iklan

Peserta kena siasat gara-gara demo bantah Israel

Kalidevi Mogan Kumarappa3 years ago17th May 2021Berita
Pdrm new
Iklan

TINDAKAN lebih 20 individu berhimpun bagi membantah keganasan Israel ke atas rakyat Palestin menyebabkan kumpulan berkenaan disiasat kerana melanggar ketetapan kawalan pandemik.

Menurut polis, kumpulan yang antara lain melibatkan anggota Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia itu berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat bermula kira-kira jam 1.45 petang.

Ketua Polis Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata, kumpulan itu hanya melepaskan geram di lokasi itu selepas kedutaan terbabit enggan menerima sebarang memorandum.

Menurutnya, peserta perhimpunan berkenaan juga bertindak membakar bendera Israel dalam perhimpunan tersebut, yang disuraikan polis kira-kira jam 2 petang.

“Tiada memorandum yang diserahkan berikutan Kedutaan AS tidak mahu menerima memorandum berkenaan.

“Mereka berkumpul bagi melepaskan geram terhadap isu Israel dan Palestin,” katanya yang menambah polis juga akan memanggil penganjur terbabit untuk siasatan.

Tambahnya, laporan polis mengenai kejadian itu dibuat sendiri oleh ketua Balai Polis Pudu yang berada di lokasi kejadian.

Kes itu disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu melakukan aktiviti terlarang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), katanya.

Sebarang bentuk perhimpunan termasuk dalam senarai larangan prosedur operasi standard PKP ketiga yang berkuatkuasa bermula 12 Mei hingga 7 Jun. – 17 Mei, 2021.

Iklan
Iklan