Iklan

Mahkamah tangguh keputusan rayuan SRC Najib

Hailey Chung Wee Kye3 years ago18th May 2021Berita
Najib razak tmikamal 01
Bekas perdana menteri Najib Razak mengemukakan rayuan terhadap hukuman dan sabitannya dalam kes rasuah melibatkan dana SRC International RM42 juta.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2021.
Iklan

MAHKAMAH Rayuan hari ini menangguhkan keputusan rayuan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung sabitannya dalam kes rasuah melibatkan dana SRC International RM42 juta.

Hakim Mahkamah Rayuan Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata mahkamah akan mengumumkan keputusan itu tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan tarikh untuk keputusan berkenaan.

“Buat masa ini kita perlu meneliti semua butiran, tarikh keputusan akan dimumkan sebaik sahaja kita bersedia,” kata Karim.

Dua lagi hakim dalam panel itu adalah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Karim turut berterima kasih pada pasukan pembelaan dan pendakwaan atas penyerahan mereka.

Pendengaran rayuan selama 15 hari itu berakhir hari ini sejak ia bermula pada 5 April.

Najib, 67, mengemukakan rayuan terhadap hukuman dan sabitannya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai tahun lalu yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dilakukan dalam penyelewengan dana.

Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan dengan jaminan RM2 juta dengan dua orang penjamin. – 18 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan