Iklan

Keputusan kes hina mahkamah Lokman Adam 15 Jun

Hailey Chung Wee Kye3 years ago19th May 2021Berita
Lokman adam 190521 tmiseth 02
Lokman Noor Adam didakwa menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan 1MDB melalui laporan polis dan temu bual video pada 2019. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Mei, 2021.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 Jun bagi memutuskan sama ada Lokman Noor Adam bersalah menghina mahkamah kerana mengugut seorang saksi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib Razak.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh tersebut pada prosiding hina mahkamah hari ini.

Lokman didakwa menghina mahkamah dengan mengugut saksi perbicaraan 1MDB melalui laporan polis dan temu bual video pada 25 September 2019.

Pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata tindakan Lokman itu jelas mengganggu perbicaraan.

Pendakwaan juga berhujah tindakan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu bertujuan untuk mengganggu dan mengugut saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan kes 1MDB.

Sri Ram juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB tersebut, yang juga dipengerusikan Hakim Collin.

“Tiada sebarang justifikasi diberikan oleh responden (Lokman) selain berkata kenyataan dibuat tanpa prejudis dan kebebasan bersuara. Tetapi, kebebasan bersuara tidak termasuk mengugut saksi pendakwaan dan menyerang, serta meminta mahkamah menggugurkan kes tertuduh (Najib),” katanya ketika berhujah di mahkamah. – 19 Mei, 2021. 

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan