Iklan

Rakyat Selangor akan dapat vaksin sebelum program imunisasi negeri, kata Khairy

Ragananthini Vethasalam3 years ago19th May 2021Berita
Vaccination covid-19 20210516 tmihasnoor 013
Krajaan negeri Selangor kini menyediakan fasiliti untuk menjual vaksin kepada majikan di negeri ini yang merancang menjalankan program imunisasi pekerja bagi mencegah penyebaran virus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2021.
Iklan

KHAIRY Jamaluddin berkata majikan dan rakyat Selangor akan menerima vaksin lebih cepat di bawah program imunisasi kebangsaan dan bukannya memohon untuk membeli vaksin melalui kerajaan negeri.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata bahawa beliau memahami betapa mendesaknya orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin kerana bimbang akan gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

“Walaupun saya tidak dapat melarang orang ramai dari mendaftar dalam program vaksinasi Selangor untuk membayar deposit atau wang muka, satu-satunya jaminan yang dapat saya berikan kepada orang ramai, industri dan juga majikan bahawa kami akan menghubungi anda mungkin lebih cepat dari program yang akan dilakukan.

“Tetapi jika anda masih mahu membayar wang dan mendapatkannya kemudian, itu adalah keputusan anda,” katanya dalam sidang media hari ini. 

Khairy berkata, beliau tidak mahu menghalang usaha Selangor dan kerajaan Persekutuan serta negeri harus saling menyokong.

Bagaimanapun katanya, bekalan ke kerajaan Persekutuan akan diutamakan.

Khairy mendedahkan bahawa beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Saya sudah menghubungi menteri besar Selangor dan memintanya agar tidak mengelirukan orang ramai kerana keutamaan bekalan akan diberikan kepada program kebangsaan,” katanya.

Exco kerajaan negeri untuk kesihatan awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata, majikan di Selangor kini boleh membeli vaksin Covid-19 untuk pekerja mereka.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan fasiliti untuk menjual vaksin kepada majikan di negeri ini yang merancang menjalankan program imunisasi pekerja bagi mencegah penyebaran virus.

Syarikat dapat melakukannya dengan mendaftar untuk pembelian melalui aplikasi Selangkah.

Khairy memberi jaminan bahawa program vaksinasi kebangsaan yang mendapat kritikan kerana berjalan perlahan akan mendapat momentum apabila bekalan vaksin semakin banyak. – 19 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan