Iklan

559 pesakit ICU, 46 kematian Covid-19, kata KP Kesihatan

Aminah Farid3 years ago19th May 2021Berita
Covid-19 corona virus pandemic funeral 02
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata sebanyak 46 kes kematian direkodkan hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Mei, 2021.
Iklan

SERAMAI 559 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh 24 jam yang lalu, angka tertinggi yang direkodkan setakat ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka itu mengatasi 553 pesakit yang dilaporkan semalam, sekali gus menunjukkan pertambahan pesakit kritikal semakin serius, tambah ketua pengarah kesihatan.

Dr Noor Hisham berkata bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga meningkat kepada 303 berbanding 277 semalam.

Selain itu, Kementerian Kesihatan hari ini juga melaporkan 46 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,040, kata Dr Noor Hisham.

Bagi kes pulih pula, seramai 436,116 pesakit disahkan sembuh setakat ini, selepas 3,516 orang dibenarkan pulang hari ini.

Malaysia hari ini melaporkan 6,075 kes baharu, angka harian tertinggi pernah dilaporkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19. 

Manakala jumlah kes aktif kini 47,340. – 19 Mei, 2021. 

Iklan
Iklan