Iklan

KKM kesan 22 kluster baharu Covid-19, rekod tertinggi

Aminah Farid3 years ago19th May 2021Berita
Swab test may 19 2021 tmi afif 09
KKM mengesan 22 lagi kluster Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, angka tertinggi pernah dilaporkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 19 Mei, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 22 lagi kluster Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, angka tertinggi pernah dilaporkan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan sebanyak 1,942 kluster telah dikesan sejak negara dilanda pandemik tahun lalu, dengan 516 daripadanya aktif, tambah ketua pengarah kesihatan.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan berkata daripada 22 kluster baharu yang dikesan, lapan melibatkan tempat kerja, tujuh berkait komuniti, diikuti keagamaan (6) dan pendidikan (1).

Berikut senarai kluster baharu yang dikesan:

Tempat kerja

  • Kluster Industri Bukit Raja  di Klang, Selangor dengan 21 kes
  • Kluster Jalan 223 PJ  di Petaling, Selangor  (16 kes)
  • Kluster Jalan Endap Sawit di Samarahan, Serian dan Kuching di Sarawak (29 kes)
  • Kluster Jalan Tanjung Kupang di Johor Bahru, Johor (199 kes)
  • Kluster Jalan Tuan Hitam di Besut, Terengganu (38 kes)
  • Kluster Paya Rumput Utama di Melaka Tengah, Melaka (11 kes)
  • Kluster Victoria Merdeka di Labuan (16 kes)
  • Kluster Jalan Kampung Bakau di Kangar, Perlis (7 kes)

Komuniti

  • Kluster Stunggang di Lundu, Sarawak (9 kes)
  • Kluster Kampung Tanjong Jejulok di Pasir Mas, Kelantan (15 kes)
  • Kluster Kampung Limau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (27 kes)
  • Kluster Pagar Sungai Imam di Tawau, Sabah (27 kes)
  • Kluster Muhibbah Dua di Lahad Datu, Sabah (14 kes)
  • Kluster Kolopis di Penampang, Sabah (13 kes)
  • Kluster Jalan Inang di Melaka Tengah, Melaka (10 kes)

Keagamaan

  • Kluster Jalan Kenanga Pertama di Sabak Bernam, Selangor (29 kes)
  • Kluster Jalan Pusara di Sepang, Selangor (13 kes)
  • Kluster Jalan Timah Empat di Johor Bahru, Johor (25 kes)
  • Kluster Taman Sri Rampai di Titiwangsa, Kuala Lumpur (7 kes)
  • Kluster Kampung Keranji di Pasir Mas, Kelantan (14 kes)
  • Kluster Kampung Batu Tiga di Batang Padang dan Kuala Kangsar, Perak (10 kes)

Pendidikan

  • Kluster Jalan Senduduk Satu di Johor Bahru, Johor (16 kes).

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 1,426  kluster diisytihar tamat hari ini. – 19 Mei, 2021.

Iklan
Iklan