6,806 kes baharu Covid-19, tertinggi sejak wabak melanda
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 6,806 kes baharu Covid-19, jumlah harian tertinggi sejak wabak bermula, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Selangor meneruskan rekod sebagai negeri dengan jumlah kes harian tertinggi pada 2,277 diikuti oleh Kuala Lumpur (655) dan Johor (615).
Jumlah jangkitan tertinggi sebelum ini adalah semalam di mana 6,075 kes baharu dicatatkan.
Negeri lain seperti Sarawak melaporkan 608 kes, Kelantan (426), Kedah (417), Pulau Pinang (362), Negeri Sembilan (291), Perak (248), Sabah (245), Terengganu (233), Melaka (212), Pahang (157), Putrajaya (35), Labuan (17) dan Perlis (8).
Melalui Twitter, Noor Hisham berkata jumlah jangkitan kini berjumlah 492,302.
Tambahnya, daripada kes positif hari ini, dua kes import melibatkan rakyat Malaysia.
Sementara itu, hari ini negara melaporkan rekod tertinggi dengan 59 kematian. Jumlah kematian sekarang adalah 2,099. – 20 Mei, 2021.