Ipoh dan beberapa kawasan di Perak dikenakan PKPD
Iklan
IPOH dan beberapa bandar di Perak serta Besut di Terengganu akan ditempatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu mulai Sabtu ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
“Bandar lain di Perak seperti Ipoh, Tanjung Malim, Slim River, Gerik dan Taiping akan diletakkan di bawah PKPD dari 22 Mei sehingga 4 Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Secara keseluruhan, empat daerah di Perak yang merangkumi bandar-bandar ini akan diletakkan di bawah PKPD iaitu Hulu Perak, Kinta, Mualim dan Larut, Matang serta Selama.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), terdapat peningkatan kes Covid-19 sebanyak 119.3% dari 5 sehingga 18 Mei di Perak.
15 bandar yang akan berada di bawah PKPD di Besut, Terengganu adalah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut
Ismail berkata KKM mengesahkan bahawa 9 daripada 17 kluster aktif di Terengganu melibatkan daerah Besut.
Tempat lain yang akan diletakkan di bawah PKPD dari 22 Mei sehingga 4 Jun ialah Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut, Pahang ,Kampung Terusan di Kota Bharu, Kelantan, Kampung Idani dan Kampung Pisang di Sabah dan Kepulauan Tumpat di Tumpat, Kelantan.
Ismail berkata bahawa PKPD di tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang yang dijadualkan berakhir pada 21 Mei dilanjutkan sehingga 4 Jun berikutan kenaikan kes.
Tujuh kawasan tersebut ialah Kampung Baru Sempalit ,Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru, dan Taman Emas
16 lagi kawasan di Sungai Ruan, Raub, Pahang namely Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Mawar, Taman Melor, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Matahari, Taman Mawar Impian, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Koperasi Mewah, Taman Bunga Tanjung, Rumah Murah Sungai Ruan, Taman Sungai Ruan, Taman Melewar, Taman Bunga Angsana, dan Kampung Baru Sungai Ruan akan dilanjutkan PKPD sehingga 4 Jun.
Beliau berkata PKPD untuk Sekolah Menengah Ugama (SMU) Pantai Manis, Papar, Sabah dijadualkan berakhir pada 20 Mei 2021 akan dilanjutkan sehingga 3 Jun.
“Sehingga kini KKM sudah melakukan 495 ujian saringan, 61 daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya.
Sementara itu 495 individu ditahan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP). Daripada jumlah itu, sejumlah 468 individu dikompaun sementara 27 lagi direman. – 20 Mei, 2021.