Iklan

24 kluster baharu Covid-19, 9 berkait tempat kerja

Aminah Farid3 years ago23rd May 2021Berita
50612273542 3d275ebf6e o
Kluster berkait tempat kerja menyumbang sembilan, manakala jangkitan komuniti (8), tempat ibadah (6), dan kawasan berisiko tinggi (1). – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mei, 2021.
Iklan

PIHAK berkuasa kesihatan mengesan 24 kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan kluster kumulatif sebanyak 2,025 di seluruh negara, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan kluster baharu dikesan dalam 24 jam terakhir ini, ketua pengarah kesihatan itu berkata tempat kerja menyumbang sebanyak sembilan, jangkitan komuniti (8), tempat ibadah (6), dan kawasan berisiko tinggi (1).

Noor Hisham berkata, kluster aktif negara kini sebanyak 556.

Pecahan kluster adalah seperti berikut:

Tempat kerja

1. Jalan Kempas Dua di Muar, Johor (68)

2. Persiaran Cassia Selatan Dua di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang (56)

3. Jalan Bukit Puchong di Petaling, Selangor (38)

4. Jalan Enam Selatan di Sepang, Kuala Langat, Petaling di Selangor, Cheras (KL), Putrajaya, dan Seremban, Rembau dan Port Dickson di Negeri Sembilan (31)

5. Industri Bukit Minyak di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (28)

6. Kemuning Tujuh di Klang dan Petaling, Selangor (26)

7. Jalan Kilang Ubi di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (16)

8. Jalan Perindustrian Lima di Muar, Johor (15)

9. Bandar Jalan Putra di Kuantan, Pahang (13)

Komuniti

10. Simpang Juasseh di Jempol, Kuala Pilah dan Seremban, Negeri Sembilan (54)

11. Jarum Laut di Tangkak, Johor (38)

12. Bukit Temedak di Pakan, Sarawak (30)

13. Kampung Paroh di Besut, Terengganu (26)

14. Jalan Mangga di Kota Kinabalu, Sabah (14)

15. Kampung Jakar di Machang, Sarawak (10)

16. Taman Sourabaya Indah di Kuching, Sarawak (9)

17. Kampung Panggong di Pasir Puteh, Kelantan (8)

Keagamaan

18. Permai Sejahtera di Lipis dan Kuantan, Pahang (71)

19. Terendak Permai di Melaka Tengah, Melaka (27)

20. Dah Seri Perigi di Yan, Kedah (21)
21. Taman Majupadu di Kluang, Johor (15)

22. Jalan Desa Satu di Kuala Selangor, Selangor (12)

23. Parit Dato Onn di Pontian, Johor (11)

Berisiko tinggi

24. Jalan Temiang di Seremban, Negeri Sembilan (13)

Selain itu, Noor Hisham turut berkata, 1,469 kluster telah tamat hari ini. – 23 Mei, 2021.

Iklan
Iklan