Iklan

Rakyat lebih tenang menjelang pelaksanaan SOP diperketat esok 

50516091741 a426f0a489 c
Rakyat Malaysia dilihat lebih tenang menghadapi PKP 3.0 kerana tiada pembelian panik menjelang pelaksanaan peraturan lebih ketat bermula esok.– Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2021.
Iklan

SELEPAS lebih setahun berdepan sekatan pergerakan, rakyat Malaysia dilihat lebih tenang pada sekatan kali ini, dan tiada pembelian panik menjelang penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) yang lebih ketat esok. 

Tinjauan di Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong mendapati premis perniagaan runcit dan barangan keperluan serta pasar raya tidak sesak.

“Tiada apa yang perlu panik esok. Kedai masih dibuka sehingga 8 malam. Apa yang kita perlu buat elakkan pembelian di saat akhir,” kata seorang pengguna Azmah Ahmad, 55, ketika ditemui di pasar raya Tesco di Setia Alam, Shah Alam. 

Fatin Razali, 25, turut berpendapat orang ramai tidak lagi terpengaruh untuk pembelian panik tidak seperti PKP pertama tahun lalu.

“Saya rasa orang ramai sudah matang dan mereka belajar daripada masa lalu bahawa tidak perlu panik,” katanya. 

Pusat embeli-belah Setia City Mall yang terletak hanya beberapa kiometer dari pasar raya Tesco turut lengang. 

Bermula esok, premis perniagaan hanya membenarkan 10 orang pelanggan dalam satu-satu masa dan pelanggan juga dihadkan untuk 2 jam sahaja dalam premis. 

Ia merupakan sebahagian daripada peraturan yang diperketatkan selain bekerja dari rumah, mengehadkan waktu perniagaan, mengurangkan kapasiti pengangkutan awam serta peningkatan sekatan jalan raya, bagi mengekang penularan Covid-19. 

Semua perhimpunan awam dan persendirian, termasuk acara sosial dan makan di premis makanan juga tidak dibenarkan. 

Walaupun peraturan diperketatkan, seorang pengunjung Setia City Mall yang hanya mahu dikenali sebagai Hikmi berkata PKP 3.0 masih tidak sama seperti sekatan penuh. 

“Ia tidak seperti PKP pertama yang mana hampir kesemua perniagaan ditutup. Mungkin apa yang berbeza ialah lebih banyak aktiiti dibenarkan namun dengan SOP yang lebih ketat berbanding sebelum ini,” katanya.

Di Subang Jaya, pasar raya Aeon Big di SS16 juga dilihat kurang sambutan namun SOP tetap dijalankan oleh pengawal keselamatan bagi memastikan pengunjung mengimbas aplikasi MySejahtera selain memeriksa suhu badan. – 24 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan