Iklan

7 pendatang ditangkap di Kapar, puluhan lagi diburu

Kalidevi Mogan Kumarappa3 years ago25th May 2021Berita
Indon pati pdrmm 250521
Tujuh pendatang asing Indonedia ditahan di kawasan paya bakau di Sungai Janggut, Kapar hari ini, selepas APMM menerima maklumat mengenai warga asing mendarat di tambak di lokasi berkenaan. – Gambar PDRM, 25 Mei, 2021.
Iklan

PULUHAN lagi warga Indonesia dicari selepas tujuh daripadanya dicekup pihak berkuasa kerana didapati memasuki Malaysia secara haram di Kapar.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Selangor Norihan Ngah berkata maklumat awal mendapati lebih 40 warga Indonesia membuat pendaratan kali ini.

“Usaha mencari sedang dilakukan dan saya yakin lebih ramai akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, tujuh individu itu ditahan di kawasan paya bakau di Sungai Janggut, Kapar selepas APMM menerima maklumat mengenai warga asing mendarat di tambak di lokasi berkenaan.

“Tindakan pantas anggota APMM bersama Pasukan Gerakan Am(PGA) yang bertugas untuk Ops Benteng berjaya menangkap tujuh warga Indonesia yang bersembunyi di kawasan paya bakau itu.”

Pada 6 Januari lalu, seramai 35 warga Rohingya bersama lima rakyat Indonesia ditahan di pantai berhampiran di Kampung Sungai Serdang di Kapar.

Kesemua dipercayai baru tiba dengan bot dari Indonesia pada masa itu. – 25 Mei, 2021.

Iklan
Iklan