Iklan

60 kematian baharu Covid-19, 726 di ICU  

Ragananthini Vethasalam3 years ago25th May 2021Berita
Covid-19 corona virus pandemic funeral 02
Jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kini mencecah 2,369.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 Mei, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 kedua tertinggi hari ini, selepas 60 orang disahkan maut.

Ia sehari selepas merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 61 kematian semalam.

Jumlah terbaharu itu sekaligus meningkatkan kes keseluruhan kematian kepada 2,369.

726 pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi, 373 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif turut meningkat kepada 63,458 berbanding 60,018 semalam.

Terdapat empat kes kematian yang dibawa masuk hari ini, yang mana tiga daripadanya melibatkan warga emas berusia 80 tahun ke atas.

Mangsa paling tua melibatkan wanita berusia 93 tahun yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu mangsa paling muda adalah kanak-kanak berusia tiga tahun yang meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah. Mangsa juga dilaporkan menghidap leukimia.

Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 15 kes, diikuti Johor dengan 10 kes. – 25 Mei, 2021.

Iklan
Iklan