Iklan

Lagi PKPD di Perak, Johor dan Sarawak

Aminah Farid3 years ago25th May 2021Berita
50675122607 e9af8bc84d o
Semua kawasan ini akan dikenakan PKPD bermula 27 Mei hingga 9 Jun ini, kata Ismail Sabri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mei, 2021.
Iklan

BEBERAPA kawasan di Perak, Johor dan Sarawak akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terjejas adalah Mukim Bagan Serai di Kerian, Perak; Felda Redong 1 di Segamat, Johor serta dua rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di Daro, Sarawak.

Katanya, semua kawasan ini akan dikenakan PKPD bermula 27 Mei hingga 9 Jun.

Untuk mukim Bagan Serai, Ismail berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mencatat 53 kes Covid-19 setakat 24 Mei, hasil 144 ujian Covid-19.

“KKM juga mendapati kes-kes semasa tersebar di mukim dan tidak tertumpu di satu daerah atau lokaliti,” katanya menambah, kadar jangkitan juga meningkat di kawasan tersebut.

Katanya, kadar kejadian di Bagan Serai juga meningkat dari 42.5 ke 62.6

Sementara itu, bagi Felda Redong, Ismail berkata 67 orang didapati positif Covid-19.

“Dari 361 yang disaring, 67 didapati positif. Dengan ini, KKM juga mendapati kadar jangkitan di kawasan ini juga masih tinggi.”

Di Daro, Rumah Isa anak Blone, Rumah Ben anak Kuleng dan SK Telok Gelam dikenakan PKPD setelah 12 kes dilaporkan selepas 153 ujian saringan dibuat.

Katanya PKPD untuk kawasan-kawasan ini akan membantu KKM mempercepat ujian saringan Covid-19 ke atas penduduk. – 25 Mei, 2021.

Iklan
Iklan