Iklan

Banyak faktor sumbang peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, kata WHO

Ragananthini Vethasalam3 years ago26th May 2021Berita
Covid-19 corona virus pandemic maeps pkrc 09
Kemunculan varian yang membimbangkan (VOC) antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia, kata WHO. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2021.
Iklan

TERDAPAT banyak faktor yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia termasuk kemunculan varian yang membimbangkan (VOC), kata Dr Lo Ying-Ru Jacqueline.

Ketua Misi dan Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura memberitahu The Malaysian Insight kenaikan ini berkaitan dengan perubahan tingkah laku, perubahan sikap dan juga perubahan dalam bertindak balas terhadap risiko dan mengambil risiko.

Katanya penting untuk memahami VOC yang telah dikesan di banyak negara di Asia termasuk Malaysia.

Dr Lo, bagaimanapun, berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang menghadapi kenaikan virus ini kerana negara Asia Tenggara dan Asia Timur lain juga berada dalam situasi sama yang boleh berubah dari masa ke semasa.

“Jadi Malaysia tidak kebal terhadap jenis virus baharu ini. Rakyat Malaysia juga tidak kebal terhadap pandemik dan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh banyak negara dan orang di seluruh dunia,” kata Dr Lo.

Dr Lo yakin kerajaan akan dapat mengekang virus tersebut dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih ketat dan pelaksanaan jitu kesihatan masyarakat dan tindakan sosial.

“Untuk atasi pandemik, kita perlu sentiasa setapak di hadapan lengkuk (dari jangkitan) dan selalu menyesuaikan diri. Apa yang kita buat hari ini akan menentukan apa yang akan berlaku esok dan sepanjang masa dengan data baharu kita kena benar-benar menyesuaikan diri,” katanya.

PKP hanya dapat berfungsi apabila semua pihak termasuk individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), katanya.

Katanya perbezaan utama antara tahun lalu dan tahun ini adalah kenyataan bahawa vaksin sudah tersedia.

Keberkesanan PKP ambil masa hampir 3 minggu

Dr Lo berkata, hospital awam dan swasta yang sedang sibuk menjadi petanda bahawa negara ini memerlukan langkah-langkah drastik seperti perintah pergerakan untuk mengawal keadaan.

“Di sinilah kita boleh kata kita sudah melangkaui garis kritikal dan langkah-langkah drastik dengan adanya perintah pergerakan yang betul-betul berkesan,” katanya.

“Ia sangat tidak popular kerana rakyat hilang rezeki mereka tetapi jika ada kematian, harus ada langkah drastik sementara untuk mendapatkan masa melindungi rakyat dari kematian selain hospitsal dan pekerja kesihatan dari dijangkiti,” katanya ketika ditanya apakah ada jalan tengah antara menyelamatkan nyawa dan rezeki.

Keseluruhan sistem penjagaan kesihatan berpotensi runtuh jika lebih banyak pekerja kesihatan dijangkiti, katanya. – 26 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan