Iklan

Malaysia rekod 63 kematian Covid-19, 756 pesakit di ICU

Aminah Farid3 years ago26th May 2021Berita
Covid-19 corona virus pandemic funeral 01
Sebanyak 63 kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2021.
Iklan

SEBANYAK 63 kematian akibat Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan ia angka harian tertinggi paling ramai pesakit maut sejak pandemik melanda negara setahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kematian keseluruhan setakat ini ialah 2,432.

Sementara itu, dilaporkan tambahan 30 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), menjadikan jumlah pesakit kritikal akibat virus itu seramai 756.

Dr Noor Hisham berkata 377 pesakit pada masa ini diberikan bantuan alat pernafasan.

Katanya, daripada 63 kematian itu, tujuh dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Pesakit paling muda ialah lelaki berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur sementera paling tua ialah wanita dari Selangor berusia 94 tahun.

Selain dua individu itu, majority pesakit yang meninggal dunia hari ini berusia antara 40 dan 90 tahun.

Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi iaitu 24, diikuti Kuala Lumpur (Sembilan) masing-msaing lapan kes di Johor dan Kedah, Perak (lima), Melaka (tiga) dua di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta satu kes masing-masing di Sabah dan Pahang.

Negara merekodkan 7,478 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, angka kes harian tertinggi sejak pandemik bermula tahun lalu. – 26 Mei, 2021.

Iklan
Iklan