Iklan

Ramasamy gesa kerajaan, polis siasat kes kematian dalam tahanan

Hailey Chung Wee Kye3 years ago28th May 2021Berita
49937110146 c8c3d2bf3f c
Pemimpin DAP P. Ramasamy berkata imej polis dan kerajaan tercalar kerana insiden kematian dalam tahanan yang kerap berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2021.
Iklan

KES terbaru kematian dalam tahanan di Johor semalam, insiden ketiga dalam beberapa minggu terakhir ini, tidak memberi imej baik kepada kerajaan dan polis, kata pemimpin DAP P. Ramasamy.

Pengerusi DAP Pulau Pinang dan timbalan ketua menteri II itu berkata imej kerajaan dan polis akan tercemar lagi jika kerap berlaku insiden seumpama itu.

“Apa yang kerajaan buat tentang kenaikan kes kematian dalam tahanan?

“Ketua Polis Negara (KPN) kita yang baru dilantik Acryl Sani Abdullah Sani nampaknya diam saja tentang perkara kematian dalam tahanan,” katanya.

Ramasamy berkata tiada anggota polis yang disyaki terbabit dalam kematian dalam tahanan, digantung tugas atau didakwa.

Kes terbaru semalam membabitkan seorang tahanan Surendren Shanker, 21, di Simpang Renggam, disahkan meninggal dunia di Hospital Kluang pada 12.30 tengah malam selepas mengadu sakit perut.

Polis berkata mangsa meninggal dunia kerana kejutan septik dengan beberapa organ gagal berfungsi.

Ramasamy menyenaraikan beberapa persoalan berkaitan kematian Surendren.

“Siapa bertanggunggajawab? Adakah dia dipukul ketika di pusat tahanan?

“Adakah inkues akan diadakan terhadap kematian misteri Surendran? Adakah polis akan tampil beri penjelasan terperinci apa yang berlaku?

“Adakah kerajaan akan ambil tindakan segera menggantung tugas anggota polis terbabit jika mereka menyebabkan kematian Surendran?,” soalnya. – 28 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan