Iklan

Doktor beri 3 kemungkinan senario kes kematian di luar hospital

Ragananthini Vethasalam3 years ago28th May 2021Berita
Covid19 victims tmi 004
Antara 1 Mei dan 26 Mei, sebanyak 93 kes kematian dia luar hospital atau Brought in Dead/BID Covid-19 dilaporkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan menyenaraikan tiga kemungkinan senario yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes kematian di luar hospital (Brought in Dead/BID) Covid-19 baru-baru ini.

Antara 1 Mei dan 26 Mei, sebanyak 93 kes BID dilaporkan.

Pakar pediatrik Hospital Sungai Buloh Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi dalam catatan yang dikongsi di lama Facebook kementerian berkata bahawa senario pertama adalah pesakit menderita batuk dan demam, pergi ke klinik untuk rawatan biasa tetapi tidak melakukan ujian Covid-19.

“Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah,” katanya.

Senario kedua adalah pesakit positif Covid-19 yang diserang virus sebelum dipindahkan ke hospital atau pusat kuarantin berisiko rendah.

“(Individu berkenaan) Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital,” katanya.

Senario ketiga ialah seseorang yang hilang deria rasa dan merasa keletihan.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak memandang serius gejala tersebut dan hanya berehat di rumah.

“Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak keluar dari rumah kecuali untuk bekerja atau membeli barang keperluan sambil menambah bahawa mereka yang bergejala harus segera menjalani saringan. – 28 Mei, 2021.

Iklan
Iklan