Iklan

Tempat kerja, jangkitan komuniti dominasi kluster baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago28th May 2021Berita
Covid-19 corona virus pandemic maeps pkrc 10 (1)
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 21 kluster baharu Covid-19 hari ini dengan enam melibatkan tempat kerja dan kluster komuniti.

Terdapat juga empat kluster aktiviti keagamaan yang menunjukkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) tidak diikuti dengan ketat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata kluster tempat kerja menyumbang jumlah kes paling tinggi dengan 81 jangkitan di kluster Jalan Hospital Tampoi di Johor.

Tempat kerja lain dalam senarai hari ini adalah:

1. Jalan Satu Olak di Petaling dan Kuala Langat, Selangor-14 kes

2. Perusahaan Satu Batu Cave di Gombak, Selangor-10 kes

3. Kemumin di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan-29 kes

4. Wangsa Perdana Construction Site di Titiwangsa-27 kes

5. Perusahaan Valdor di Seberang Perai Tengah Selatan, Penang-71 kes

Kluster ini dikesan di kilang, institusi awam dan tapak pembinaan.

Kementerian kesihatan juga melaporkan enam kluster yang berpunca dari jangkitan komuniti iaitu:

1. Persiaran Sepang Sebelas di Sepang, Selangor-39 kes

2. Kampung Chekok di Machang, Kelantan-11 kes

3. Kampung Tellar di Pasir Mas, Kelantan- 12 kes

4. Dah Emas Suria di Langkawi dan Kuala Muda, Kedah-37 kes

5. Jalan Padi di Jelebu and Tampin di Negeri Sembilan- 30 kes

6. Tanjung Kepah di Manjung, Perak-27 kes

Kluster Dah Emas Suria muncul berikutan aktiviti lawatan.

Empat kluster yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan adalah Kampung Chubadak (23 cases) di Kepong, Seksyen Dua di Titiwangsa (11 kes) di Kuala Lumpur, Jalan Kampung Bukit (15 kes) di Barat Daya, Penang, dan Jalan Seroja Kepis (59 kes) di Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Dalam senarai hari ini juga adalah kluster pendidikan, satu lagi dikaitkan dengan kumpulan berisiko tinggi dan satu lagi dikaitkan dengan pusat tahanan.

Secara keseluruhan terdapat 614 kluster jangkitan aktif di negara ini. – 28 Mei, 2021.

Iklan
Iklan