9,020 kes baharu Covid-19 hari ini
Iklan
MALAYSIA merekodkan angka tertinggi jangkitan baharu Covid-19 iaitu 9,020 kes hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, jumlah baharu itu menjadikan kes keseluruhan setakat ini kepada 558,534.
Ini kali pertama jumlah kes baharu harian melepasi 9,000 kes. Kes baharu dilaporkan semalam ialah 8,290.
Selangor masih mendahului dengan 2,836 kes jangkitan baharu, diikuti Kelantan 907 kes.
Negeri Sembilan ketiga tertinggi dengan kes baharu 898, diikuti Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).
Setiap negeri melaporkan kes baharu – Johor (468), Pulau Pinang (345), Perak (272), Kedah (468), Melaka (340), Pahang (216), Terengganu (189) dan Labuan (253).
Putrajaya dan Perlis merekodkan kes paling sedikit dengan masing-masing 29 dan 19 jangkitan.
Pakar kesihatan sebelum ini memberi amaran jumlah kes baharu harian mungkin mencecah 10,000 dalam tempoh beberapa hari ini susulan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham di Twitter hari ini berkata kes jangkitan baharu boleh hingga 13,000 sehari jika kadar kebolehjangkitan naik kepada 1.2, dan jika SOP terus tidak dipatuhi. – 29 Mei, 2021.