846 pesakit dirawat di ICU, kes aktif hampir cecah 80,000
Iklan
SEBANYAK 846 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini ketika jumlah kes aktif hampir mencecah 80,000 pesakit.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif kini sebanyak 78,017 setakat pukul 12 tengah hari.
Katanya angka korban virus ini yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas adalah sebanyak 79 orang, menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 2,729.
Sementara itu katanya 419 daripada 846 yang dirawat di ICU memerlukan bantuan alat pernafasan.
atanya Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 15 kes diikuti Kedah (13), Johor (12), Pulau Pinang (lima), Terengganu dan Melaka (masing-masing empat kes), Kuala Lumpur dan Sarawak (masing-masing tiga kes), Sabah (dua) serta Labuan, Perak dan Pahang (masing-masing satu kes).
Sejumlah 5,121 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif 484,787 kes.
alam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) yang terkini ialah 1.16 dan jumlah kes dilaporkan saban hari mulai menunjukkan tren kenaikan mendadak secara eksponential.
Beliau berkata jumlah katil di ICU, hospital-hospital Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 semakin berkurangan dan berkemungkinan tidak mampu menerima penambahan pesakit.
“Ini adalah situasi sukar yang mendepani kita semua dan KKM ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama berganding bahu bagi hadapi (situasi) sekarang,” katanya. – 30 Mei, 2021.