Parlimen tidak boleh bersidang secara maya, kata Azhar
Iklan
PERLEMBAGAAN Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu supaya sidang Parlimen boleh diadakan secara maya, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Azhar, yang juga seorang peguam, berkata banyak undang-undang yang perlu dipinda untuk membolehkan Parlimen bersidang secara maya seperti yang digesa banyak pihak.
“Perlembagaan menyatakan mana-mana wakil rakyat tidak hadir dalam persidangan Parlimen tidak dibenarkan mengundi.
“Proklamasi Yang di-Pertuan Agong memperuntukkan Dewan perlu bersidang pada sekian sekian tarikh, waktu dan tempat.
“Dan tempatnya di Parlimen, hanya untuk persidangan fizikal. Jadi perlembagaan, proklamasi dan peraturan mesyuarat dibuat berdasarkan ia adalah persidangan fizikal, kalau mahu adakan sidang maya, semua ini harus dipinda,” kata Azhar dalam rancangan temu bual ‘Consider This’ di Astro Awani malam tadi.
Beliau mengulas gesaan banyak pihak supaya sidang Parlimen diadakan secara maya semasa darurat. – 31 Mei, 2021.