Iklan

Bank tentukan moratorium, bukan kerajaan, kata Tengku Zafrul

Hailey Chung Wee Kye3 years ago1st Jun 2021Berita
49933120518 6d35e8118c c
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata moratorium diputuskan melalui perbincangan BNM dan sektor perbankan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Jun, 2021.
Iklan

KERAJAAN tidak boleh memaksa bank memberi moratorium pinjaman secara automatik seperti yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kata Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Menteri kewangan berkata moratorium sebaliknya diputuskan melalui perbincangan Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan.

Tengku Zafrul berkata demikian pada sidang media dalam talian mengenai pengumuman Pemerkasa Tambahan membabitkan suntikan RM5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

“Kerajaan tidak mengawal bank, jadi ini adalah keputusan hasil dari perbincangan antara bank dan BNM.

“Kerajaan tidak ada kuasa perundangan untuk paksa bank,” katanya.

Di bawah pakej rangsangan Pemerkasa Tambahan, bank dan institusi kewangan akan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 dan mereka yang terjejas pendapatan atau kehilangan pekerjaan akibat sekatan pergerakan penuh bermula hari ini.

Kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman itu juga diperluas kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang sekatan penuh.

Menurut Zafrul lagi, peminjam M40 dan T20 yang terjejas pendapatan atau hilang pekerjaan juga boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sebanyak 50% selama enam bulan.

“Kerajaan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan moratorium yang boleh disediakan oleh bank atau bagaimana ia dilaksanakan.

“Kerajaan tidak mengawal bank. Ini adalah pendirian bank dan usaha ini dikoordinasi oleh BNM,” katanya. – 1 Jun, 2021. 

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan