7,703 kes baharu Covid-19 hari ini
Iklan
SEBANYAK 7,703 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, naik sedikit berbanding 7,105 kes yang dilaporkan semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah jangkitan dalam negara bertambah kepada 587,165 kes, tambah ketua pengarah kesihatan.
Selangor terus mencatat angka harian tertinggi dengan 2,728, disusuli Kuala Lumpur (701) dan Sarawak (588).
Manakala negeri lain, Kelantan mencatat 541 kes, 588 kes di Sarawak, Negeri Sembilan (586), Johor (554), Kelantan (541), Pulau Pinang (407), Kedah (283), Sabah (254), Pahang (237), Perak (224), Terengganu (224), Melaka (209) dan Labuan (159).
Hanya Putrajaya dan Perlis mencatat bawah 10 kes, iaitu masing-masing tujuh dan satu kes. – 2 Jun, 2021.