Iklan

KKM kesan 22 kluster baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago2nd Jun 2021Berita
Selangor screening test covid19 tmi 004
KKM bimbang dengan situasi penularan kes Covid-19 di kalangan kanak-kanak, terutamanya yang melibatkan bayi berumur kurang dari 1 tahun dan kanak-kanak bawah 5 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2021.
Iklan

KANAK-kanak berusia setahun menjadi kes indeks Kluster Pantai Kemayang yang dikesan di Kelantan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster itu antara 22 kluster baharu yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Kluster tempat kerja itu menjangkiti 22 individu.

“Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di persisiran Pantai Kemayang, Kampung Kemayang, Bachok (Kelantan).

“Kes indeks kluster ini merupakan kes No.555796, kanak-kanak lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mei, hasil saringan individu bergejala pada 24 Mei,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepuluh lagi kluster membabitkan tempat kerja dikesan, kebanyakannya kilang iaitu:

1. Jalan Waja Lima Belas di Kuala Langat dan Petaling, Selangor (23 kes);

2. Jalan Batam di Kepong and Titiwangsa, Kuala Lumpur (11);

3. Jalan Jee Cattleya di Miri, Sarawak (23);

4. Jalan Pinang Riam di Miri, Sarawak (15);

5. Jalan SILC Satu di Johor Baru dan Pontian (15);

6. Teknologi Enam di Tangkak, Johor (15);

7. Jalan Bioteknologi Satu di Johor Baru, Johor (24);

8. Industri Jemapoh di Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan (50);

9. Jalan Tambun in Kinta and Hulu Perak in Perak (20); dan

10. Industri Bukit Panchor di Seberang Perai Utama, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, di Timur Laut, Pulau Piang (94).

Selain tempat kerja, KKM juga mengesan tujuh kluster dalam komuniti. Kluster berkenaan adalah:

1. Jalan Parit Raja Tengah di Muar, Johor (27 kes);

2. Nanga Meruan di Selangau, Sibu, dan Kanowit, Sabah (34);

3. Sungai Penyarai di Tatau, Sarawak (27);

4. Kelisa Emas di Seberang Perai Tengah dan Barat Daya di Pulau Pinang (20);

5. Taman Fasa 2A di Perak dan Kuala Lumpur (33);

6. Dah Kampung Lancuk Kota Setar, Kuala Muda, dan Sik (57); dan

7. Kampung Alai di Hulu Perak (18).

Kluster Taman Fasa 2A, Kelisa Emas, Kampung Alai dan Dah Kampung Lancuk tercetus dari aktiviti ziarah sempena sambutan perayaan.

Sementara itu, kluster lain dikesan adalah dua melibatkan sektor pendidikan, serta masing- masing satu membabitkan pusat tahanan dan aktiviti keagamaan.

Sehingga kini 674 kluster masih aktif di Malaysia. – 2 Jun, 2021.

Iklan
Iklan