Iklan

86 kematian baharu Covid-19, 883 di ICU 

Ragananthini Vethasalam3 years ago4th Jun 2021Berita
Covid
459 daripada 883 pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan alat bantuan pernafasan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2021.
Iklan

883 pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hari ini dengan 459 memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 86 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan hari ini. 

Jumlah kematian baharu itu menjadikan angka keseluruhan kes kematian kepada 3,182. 

Sementara itu, 7,748 kes jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 6,624 kes sembuh menjadikan jumah kes aktif kepada 84,369. 

Jumlah kumulatif kes pulih kini 515,571.

Enam kes kematian di luar hospital direkodkan hari ini.

Mangsa koronavirus paling tua adalah wanita berusia 101 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah di Johor. Mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan Dislipidemia.

Sementara itu mangsa paling muda merupakan lelaki berusia 32 tahun yang  meninggal dunia di Hospital Ampang. Mangsa turut menghidap diabetis dan penyakit buah pinggang kronik.

Selangor merekodkan kes kematian tertinggi dengan 20 kes, diikuti Johor dengan 14 kes.

Negeri Sembilan melaporkan 13 kes manakala Kuala Lumpur tujuh kes.

Sementara itu Sabah, Melaka, Pahang, Perak,  Labuan dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan tiga kes.

Kelantan dan Terengganu masing-masing melaporkan dua kes dan Perlis satu kes kematian.– 4 Jun, 2021.

Iklan
Iklan