Iklan

Pengguna pilih beli-belah atas talian

Hailey Chung Wee Kye3 years ago6th Jun 2021Berita
50535280163 129e016fc9 b
Pengguna boleh memilih membeli dari Jaya Grocer atau Pasaraya Hero menerusi aplikasi Grab, yang lebih mudah dalam urusan bayaran balik jika berlaku kesilapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2021.
Iklan

COVID-19 dan pelbagai arahan perintah sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan menyebabkan ramai pengguna membeli makanan dan bahan keperluan harian dari pasar raya atas talian dan mengelak ke kedai tradisional.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, mereka mula gembira menikmati kelebihan membeli-belah secara atas talian, menyebabkan memilih untuk menjadi pelanggan di platform atas talian.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna berkata terpaksa berhenti membeli secara maya kerana permintaan yang terlalu tingggi dan popular menjejaskan waktu penghantaran kepada pelanggan.

Shaza Nurmelina Mohd Farid, 32, yang menetap di Subang Jaya, Selangor berubah menjadi pelanggan setia atas talian sejak penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

“Beli secara atas talian beri anda kebebasan untuk membeli pada bila-bila masa tanpa perlu kita bersiap-siap untuk keluar, buat anda rasa selamat berada di rumah dan banyak membantu produktiviti kerana dapat jimat masa untuk siapkan kerja lain,” katanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, barang dijual secara maya lebih mahal berbanding beli di kedai pada fasa pertama, tetapi kini harganya sudah turun.

“Bila platform atas talian mula banyak persaingan, harganya mulai turun dan penjual kini menjual barangan basah dan kering pada harga yang kompetitif.

“Harga lebih kurang sama dengan kedai fizikal jika tidak termasuk kos penghantaran, yang juga tidak terlalu mahal.

“Kos berbeza antara produk. Satu produk mungkin lebih mahal di kedai, dan murah di kedai atas talian.”

Dengan membeli barangan secara atas talian, pengguna tidak perlu beratur panjang dan hanya tunggu saja penghantaran ke rumah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2021.

Kelemahan membeli barangan di atas talian, katanya ialah tidak dapat memilih sendiri produk yang paling segar.

“Anda terpaksa terima apa saja yang peniaga hantar. Dan juga, ada risiko menerima barangan yang silap atau rosak, kadang-kala menyebabkan saya hendak membeli di kedai fizikal.”

Sehubungan itu, katanya beliau juga ada peniaga pilihan dan hanya membeli dari Jaya Grocer dan Pasaraya Hero menerusi aplikasi Grab, yang lebih mudah dalam urusan bayaran balik jika berlaku kesilapan.

Tiffany Oon Min-I, 30, berkata beliau baru saja berjinak-jinak membeli barang secara atas talian sejak dua minggu lalu apabila kawasan perumahannya di Ipoh, Perak dikenakan PKP diperketatkan pada 22 Mei.

Katanya, beliau gembira dengan pengalaman membeli barangan secara atas talian selepas menerima barangan yang berkualiti dan amat mudah kerana ia terus dihantar ke depan rumah.

“Saya beli ikan dari penjual di Facebook pada 8 malam dan ia dihantar ke rumah keesokan harinya jam 10 pagi. Ikan sudah dibersihkan dan ia amat menjimatkan masa saya, tidak perlu menyiang ikan.

“Saya juga tidak perlu bersiap-siap untuk keluar, memandu ke sana, cari tempat letak kereta. Ia amat mudah,” katanya.

Oon berkata beliau kini lebih suka kaedah beli-belah atas talian.

“Ia lebih selamat untuk keluarga saya kerana kurang terdedah kepada virus Covid-19. Ia juga tidak mahal kerana banyak peniaga menawarkan penghantaran percuma jika nilai beliau melebihi jumlah tertentu.

“Dalam sesetengah kes, kosnya lebih murah jika beli di kedai biasa tetapi ada peniaga memberikan barangan tambahan dan pakej bonus.

“Dan dengan membeli atas talian, saya tidak boleh berjalan-jalan dan kemudian terlebih belanja.” – 6 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan