7,452 kes baharu Covid-19, Selangor kekal tertinggi
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 7,452 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dnegan Selangor kekal menyumbang kes jangkitan paling tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes melonjak kepada 610,574.
Selangor merekodkan 2,509 kes disusuli Kuala Lumpur dengan 678 kes.
Bagi negeri lain, sebanyak 312 kes baharu direkodkan di Kelantan diikut Sarawak (651), Sabah (259), Johor (412), Pulau Pinang (370), Kuala Lumpur (678), Perak (252), Kedah (263), Melaka (206), Pahang (286) Labuan (205) dan Terengganu (190).
Putrajaya dan Perlis menyaksikan kes paling sikit dengan masing-masing 12 dan empat kes.
Dr Noor Hisham berkata bagi perkembangan program vaksinasi, sebanyak 90,277 suntikan diberikan semalam, menjadikan keseluruhan 3.4 dos diberikan setakat ini.
Daripada 3.4 juta penerima vaksin, 2.29 juta mendapat dos pertama manakala 1.12 lagi melengkapkan dos kedua. – 5 Jun, 2021.