5,566 kes baharu Covid-19 hari ini
Iklan
SEBANYAK 5,566 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, naik sedikit berbanding 5,271 yang dicatatkan semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini 627,652 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Selangor kekal mendahului dengan 1,524 kes, diikuti Sarawak sebanyak 707 kes.
Manakala Sabah melaporkan 350 kes, Kuala Lumpur (466), Johor (456), Pulau Pinang (185), Negeri Sembilan (505), Kelantan (204), Perak (225), Kedah (148), Melaka (314), Pahang (157), Terengganu (106), Labuan (191) dan Putrajaya (27).
Perlis satu-satunya negeri yang merekodkan sifar kes harian.
Semalan, negara mencatat penurunan angka harian untuk tempoh lima hari berturut-turut dengan 5,271 kes dilaporkan semalam. – 8 Jun, 2021.