Iklan

Angka pesakit pulih dari Covid-19 atasi kes baharu

Ragananthini Vethasalam3 years ago8th Jun 2021Berita
Workers vaccine 080621 tmiseth 05
Seramai 6,962 pesakit pulih dari Covid-19 hari ini, lebih tinggi dari 5,566 jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh sama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 8 Jun, 2021. 
Iklan

SERAMAI 6,962 pesakit pulih dari Covid-19 hari ini, lebih tinggi dari 5,566 jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh sama.

Ini menjadikan jumlah kes pulih kini 541,319 daripada 627,652 jumlah jangkitan yang direkodkan sehingga kini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdapat 76 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 3,536.

Kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) juga kekal tinggi dengan 903 kes berbanding 902 kes semalam.

Daripada jumlah pesakit yang berada di ICU, 458 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Dengan peningkatan kes pulih melebihi jangkitan baharu, kes aktif juga menurun kepada 82,797 kes daripada 84,269 kes semalam.

Terdapat 76 kematian menjadikan angka kematian keseluruhan seramai 3,536.

Di antara kes kematian yang dilaporkan hari ini, lima meninggal dunia sebelum tiba di hospital, paling muda merupakan lelaki berusia 25 tahun yang menderita obesiti. Dia juga antara mangsa termuda dari 76 kematian dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Seorang wanita berusia 101 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka juga antara antara kes dilaporkan hari ini.

Selangor menyaksikan jumlah kematian tertinggi dengan 18 kes, diikuti oleh Johor (13), Negeri Sembilan (9), Kuala Lumpur (8) dan Labuan (7).

Kelantan, Melaka dan Kedah masing-masing melaporkan empat kes manakala Terengganu menyaksikan tiga kes.

Perak dan Pahang masing-masing melaporkan dua kes manakala Sabah dan Sarawak melaporkan satu kes. – 8 Jun, 2021. 

Iklan
Iklan