Iklan

Sukarelawan dicari bantu program vaksinasi rumah ke rumah Mercy Malaysia

Aminah Farid3 years ago9th Jun 2021Berita
Workers vaccine 080621 tmiseth 03
Sukarelawan untuk program vaksinasi dari rumah ke rumah oleh Mercy Malaysia dicari bagi membantu golongan yang tidak dapat keluar ke pusat vaksinasi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Jun, 2021. 
Iklan

MERCY Malaysia mencari sukarelawan untuk program vaksinasi dari rumah ke rumah yang akan dilancarkan pada 15 Jun.

Dikenali sebagai Covac atau Pusat Pentadbiran Outreach Vaksinasi Komuti, ia menyasarkan mereka yang tidak dapat keluar rumah untuk pergi ke pusat vaksinasi.

Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia Said Alhudzari Ibrahim memberitahu The Malaysian Insight bahawa sukarelawan perubatan dan bukan perubatan dialu-alukan termasuk pelajar universiti dan bukan warganegara yang boleh berbahasa Malaysia.

“Orang ramai diajak menjadi sukarelawan termasuk mahasiswa. Bukan warganegara Malaysia dialu-alukan untuk turut serta, namun peluang ini diberikan kepada mereka yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik,” katanya.

Program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan ini akan menyaksikan pasukan sukarelawan pergi dari rumah ke rumah dengan setiap pasukan terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan atau jururawat, sukarelawan dan pemandu.

Fasa pertama program dari rumah ke rumah ini akan diadakan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai pertengahan Jun sebelum dilancarkan ke negeri lain.

Sukarelawan bukan perubatan juga diperlukan untuk kempen kesedaran dan pendaftaran vaksin di bawah Program Agen Basmi Covid-19 (ABC) atau Covid-19 Busting Agents, inisiatif kerajaan untuk mendekati masyarakat umbi mengenai keperluan vaksinasi.

Program dari rumah ke rumah adalah sebahagian daripada Program Jangkauan Komuniti (Outreach) Imunisasi bersama pejabat kesihatan daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kumpulan masyarakat awam seperti Mercy Malaysia.

Said berkata, vaksinasi di bawah Covac tetap berdasarkan pendaftaran melalui MySejahtera dan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Vaksinasi masih diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan dan Mercy akan membantu dalam memberikan perkhidmatan.

“Pengesanan dan pengesanan kontak masih dilakukan serta dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Said menambah bahawa Mercy Malaysia tidak dapat menentukan jenis vaksin yang diberikan di bawah program vaksinasi dari rumah ke rumah.

Selain mengumpulkan sukarelawan, Mercy Malaysia juga sedang mengumpulkan peralatan untuk menjalankan program Covac.

Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh mendaftar di https://forms.gle/SkcuRFR4J1H2dv9bA atau menghubungi 019-3140769 (Ain) untuk pertanyaan lebih lanjut.

Said menambah bahawa Mercy Malaysia juga sudah menghubungi Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian bagi menggalakkan vaksinasi dalam kalangan komuniti pelarian. – 9 Jun, 2021. 

Iklan
Iklan