Iklan

Hari ketiga kes pulih atasi kes baharu Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago9th Jun 2021Berita
Covid-19 vaccine 20210608 tmihasnoor 006
Seorang wanita warga emas mendapatkan suntikan vaksin di Kuala Lumpur Convention Center di Kuala Lumpur. Hari ini Malaysia melaporkan penurunan kes aktif berbanding semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Jun, 2021.
Iklan

KES Covid-19 yang telah pulih mengatasi jumlah kes baharu buat hari ketiga berturut-turut hari ini, selepas 7,386 pulih dari koronavirus dalam 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 548,705.

Hari ini Malaysia melaporkan 6,239 kes baharu Covid-19, meningkatkan beban kes kepada 633,891.

Angka kematian juga meningkat kepada 3,611 selepas 75 kematian baharu dilaporkan.

Terdapat 905 pesakit di unit rawatan rapi di seluruh negara. Manakala 453 daripada jumlah itu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes aktif turut turun dengan 81,575 berbanding 82,797 semalam.

Terdapat 11 kes yang maut sebelum tiba di hospital hari ini.

Mangsa termuda maut hari ini adalah seorang wanita 26 tahun yang meninggal di Hospital Ampang. Mangsa mengalami penyakit buah pinggang kronik dan penyakit lupus.

Sementara itu, mangsa paling tua adalah wanita berusia 92 tahun yang meninggal sebelum sampai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Mangsa mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.

Selangor mencatatkan jumlah kematian terbanyak dengan 23 kes, diikuti Johor sebanyak 18 kes.

Kelantan melaporkan tujuh kematian manakala Kedah dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan lima kematian.

Sabah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing melaporkan tiga kes manakala Perak dua kematian.

Pulau Pinang, Terengganu, dan Labuan masing-masing melaporkan satu kes. – 9 Jun, 2021.

Iklan
Iklan