641 maut minggu lepas, naik 42% dari minggu sebelum
Iklan
NEGARA menyaksikan 641 kematian akibat Covid-19 minggu lalu, dengan purata 92 kematian sehari.
Menurut laporan epidemiologi mingguan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kematian meningkat sebanyak 42.1% pada minggu 30 Mei hingga 5 Jun, berbanding minggu sebelumnya.
Trend menaik kematian Covid-19 telah diperhatikan selama 10 minggu.
“(Terdapat) 3,291 kematian kumulatif, dengan angka kematian kes 0.54% pada 5 Jun 2021,” kata laporan itu.
Selain itu, kes aktif meningkat sebanyak 23.3% pada minggu yang dikaji menjadi 85,607.
Jumlah beban aktif minggu lalu mewakili 14% daripada jumlah kes yang dilaporkan di negara ini setakat ini.
KKM berkata kes aktif telah meningkat sejak lapan minggu terakhir ini.
“521,676 kes telah pulih, mewakili 85.4% dari jumlah keseluruhan kes kumulatif,” katanya.
Sementara itu, terdapat 886 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 5 Jun.
Kes ICU menunjukkan trend meningkat sejak 11 minggu lalu, kata KKM.
Sejak minggu 11, jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga meningkat.
Kira-kira separuh daripada kes ICU pada 5 Jun memerlukan alat bantuan pernafasan.
“436 kes ICU rata-rata memerlukan ventilator untuk Minggu 22, dengan peningkatan 13.0% (50) berbanding Minggu 21,” katanya.
Manakala bagi kadar katil di hospital, 78% daripada 10,896 katil di kemudahan kesihatan awam untuk Covid-19 digunakan sementara 48% dari 1,244 katil di hospital swasta digunakan.
Sementara itu, katil ICU berada di tahap maksimum dengan kadar penggunaan sebanyak 103%. Terdapat 1,133 katil ICU diperuntukkan untuk Covid-19.
KKM berkata sekitar 8,725 katil hospital awam dihuni minggu lalu, iaitu 4% lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.
“Purata 17,388 katil dihuni di Pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC), turun sebanyak 7% berbanding minggu sebelumnya,” katanya.
“Purata 1,527 katil ICU awam dihuni (90%), meningkat 3% dari minggu sebelumnya,” tambahnya.
Bagi ventilator, rata-rata 1,291 ventilator awam digunakan. Ini menunjukkan kenaikan 1% dari minggu sebelumnya.
Sementara itu, kadar penghunian di hospital swasta menurun sebanyak 6% kepada lebih kurang 659 katil.
Bagi katil ICU di hospital swasta, rata-rata jumlah katil yang digunakan adalah sebanyak 75.
Ini 11% lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.
Terdapat 100 hospital Covid-19 di negara ini, terdiri daripada 96 kemudahan kesihatan awam, tiga hospital latihan dan satu hospital tentera.
Selain itu, terdapat 131 PKRC di seluruh negara. – 9 Jun, 2021.