911 pesakit di ICU, 73 kematian akibat Covid-19,
Iklan
MALAYSIA merekodkan 911 pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat tengah hari ini.
Jumlah tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah semalam dengan 905 pesakit di ICU.
Peningkatan bermula pada 5 Mei lalu, apabila 354 kes ICU direkodkan. Jumlah itu kemudiannya kekal pada trend menaik.
Sementara itu, 462 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, negara menyaksikan 73 kematian akibat Covid-19. Jumlah terbaharu ini sekaligus meningkatkan jumlah kes kematian keseluruhan kepada 3,684.
Kes sembuh terus mengatasi jumlah kes baharu buat hari keempat berturut-turut selepas 7,325 pulih daripada koronavirus.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih kini 566,030.
Sebanyak 5,671 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 639,562. – 10 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.