Iklan

Perabot eksport bernilai RM200 juta tersadai kerana PKP

Khoo Gek San3 years ago11th Jun 2021Berita
50810314981 04292656a3 b
Sektor pembuatan perabot berkata ribuan perabot yang sedia untuk dieksport masih tersangkut di kilang susulan ia tidak dapat dibawa ke pelabuhan kerana PKP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2021.
Iklan

PERABOT untuk pasaran eksport bernilai lebih RM200 juta kini terkandas di kilang di seluruh negara akibat penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh dari 1 hingga 14 Jun, kata pekilang.

Perabot yang siap dibungkus dalam 2,565 kontena dan sedia untuk dieksport itu tidak boleh dihantar ke pelabuahn kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) pembuatan perabot bukan perkhidmatan perlu, kata pemain industri.

Presiden Majlis Perabot Malaysia Khoo Yeow Chong pihaknya kini meminta bantuan daripada pelbagai jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah itu terutama ketika tempahan eksport mula meningkat sepanjang tahun ini.

“Dengan Eropah dan Amerika Syarikat membuka sempadan secara berperingkat, dijangkakan permintaan eksport tahun ini akan semakin bertambah,” kata Khoo kepada The Malaysian Insight.

“Tetapi pada masa ini, keadaan membimbangkan untuk sektor ini dengan 2,565 kontena berisi perabot bernilai RM212,890,000 masih tersadai di kilang kami.”

Kerajaan mengenakan PKP dua minggu untuk mengekang lonjakan jumlah kes baharu dan kematian Covid-19. Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini.

Ia sektor pembuatan tidak dibenarkan beroperasi ketika fasa pertama PKP kecuali untuk 12 perkhidmatan, dengan kapasiti 60% pekerja saja.

Perkhidmatan dibenarkan ialah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perniagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

Begitu juga dengan perkhidmatan air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan batuan kemanusiaan; urusan sisa pepejal; pengangkutan darat dan air serta perkhidmatan dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang; komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos, kurier penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat berita.

Presiden Perabot Kuala Lumpur dan Selangor Matthew Law berkata PKP 3.0 berbeza berbanding PKP yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu.

“Pada masa itu, hampir semua negara di dunia menutup sempadan. Hari ini, sempadan negara kita masih ditutup sementara negara lain mula dibuka secara berperingkat.

“Ini meletakkan industri perabot negara dalam persaingan dengan pengeksport perabot yang lain,” katanya.

Beliau juga membangkitkan isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor itu yang menambah beban kepada pembuat perabot untuk menerima atau tidak lebih banyak tempahan dari luar negara.

“Industri perabot kekurangan 20,000 pekerja dan kerajaan tidak mahu membawa masuk pekerja asing lagi. Penduduk tempatan tidak berminat bekerja di kilang perabot, mereka anggap ia terlalu sukar.

“Pengeluar perabit sanggup membangungkan perindustrian 4.0 namun sesetengah perabot kayu tidak boleh disiasatkan secara mekanikal.” – 11 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan