Malaysia catat 5,304 kes baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA melaporkan 5,304 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan Lembah Klang merekodkan lebih 2,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 657,508.
Malaysia reported 5,304 new Covid-19 cases in the past 24 hours, with the Klang Valley accounting for more than 2,000 cases.
Selangor mencatatkan 1,973 kes manakala Kuala Lumpur 462 kes.
Negeri-negeri lain yang mencatatkan kes baharu termasuk Sabah (335), Johor (363), Sarawak (544), Negeri Sembilan (331), Pulau Pinang (256),Kelantan (179), Perak (121), Kedah (301), Melaka (145), Pahang (78), Terengganu (46) and Labuan (158).
Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatatkan tujuh dan lima kes baharu.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 4.36 juta dos vaksin telah diberikan setakat semalam dengan 1.33 juta individu telah melengkapkan dos kedua. – 13 Jun, 2021.