Iklan

Lebih 200,000 dos diberi masuk hari ke-2, kata jawatankuasa vaksin Covid-19

Ragananthini Vethasalam3 years ago17th Jun 2021Berita
Mobile vaccine jun 07 2021 tmi afif 14
Sebanyak 204,839 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam di mana 196,775 orang menerima dos pertama mereka sementara 8,064 menerima dos kedua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Jun, 2021.
Iklan

LEBIH 200,000 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk hari kedua yang dijalankan semalam, kata Jawatankuasa Khas Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAC).

Sebanyak 204,839 dos vaksin diberikan semalam di mana 196,775 orang menerima dos pertama mereka sementara 8,064 menerima dos kedua.

Ini menjadikan jumlah dos yang diberikan pada 11.59 malam pada 16 Jun sebanyak 5.10 juta.

Seramai 1.47 juta orang sudah menerima kedua-dua dos vaksin sementara 3.63 juta atau 11.1% penduduk sudah menerima satu dos.

Kuala Lumpur menyaksikan jumlah vaksinasi tertinggi dengan 757,884 dos diberikan.

Pada 15 Jun, sejumlah 215,876 dos dikeluarkan. Ini juga merupakan pertama kali vaksinasi harian melebihi 200,000. 

Sementara itu kira-kira 14.63 juta orang atau 62.50% penduduk sudah mendaftar vaksinasi setakat hari ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pada 15 Jun, rancangan pemulihan nasional akan mempunyai empat fasa yang memerlulan kelonggaran sekatan pergerakan secara beransur-ansur.

Kemajuan ke fasa pemulihan seterusnya bergantung pada tiga penunjuk iaitu jumlah kes Covid-19 setiap hari, kapasiti sistem penjagaan kesihatan, termasuk tempat tidur di unit rawatan rapi (ICU) dan peratus populasi yang sudah divaksin. – 17 Jun, 2021.

Iklan
Iklan