Iklan

880 pesakit di ICU, 60 maut akibat Covid-19

Aminah Farid3 years ago20th Jun 2021Berita
Vaksin028-01
Seorang penduduk menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di luar dewan Kampung Dalit Gana di Keningau, Sabah.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 Jun, 2021.
Iklan

JUMLAH keseluruhan kes Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) masih tinggi dengan 880 pesakit berbanding 866 semalam, yang mana  14 kemasukan pesakit baharu direkodkan hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 454 kes hari ini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya 60 kes kematian turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 4,408.

Sementara itu jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menurun kepada 5,293 berbanding 5,911 yang direkodkan semalam.

Angka kematian terbaru hari ini melibatkan 20 kes di Selangor, Johor (12), Negeri Sembilan (11), masing-masing empat kes di Kuala Lumpur dan Labuan, masing-masing dua kes di Sabah, Perak, dan Sarawak, dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Pahang.

Daripada jumlah 60 kes itu, hanya empat kematian membabitkan warga asing.

Kes kematian tertua adalah seorang wanita berusia 89 tahun yang meninggal dunia di Hospital Jelebu yang mempunyai sejarah kesihatan

Sementara itu, kes kematian termuda adalah seorang wanita berusia 28 tahun yang tidak mempunyai sejarah penyakit. Pesakit meninggal dunia di Hospital Kajang.

Sebanyak 13 kematian tiada punca penyakit manakala lima kes meninggal dunia di rumah.

Noor Hisham berkata, negara mencatatkan 5,941 kes sembuh baru hari ini. – 20 Jun, 2021.

Iklan
Iklan