Iklan

Kementerian akui banyak hasil makanan dibuang kerana masalah logistik

Hailey Chung Wee Kye3 years ago22nd Jun 2021Berita
49937236556 c5f0e5d009 o
Petani mengalami kesukaran untuk menghantar hasil segar mereka ke pasar, ini menyebabkan pembuangan dan pembaziran, kata wakil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2021.
Iklan

GANGGUAN logistik semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menyebabkan pembaziran makanan, dengan lebih kurang 64% pengeluar makanan tidak dapat menjual hasilnya, kata seorang wakil dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

“Petani mengalami kesukaran untuk menghantar hasil segar mereka ke pasar, ini menyebabkan pembuangan dan pembaziran,” kata Dr Perumal Ponnusamy, ketua penolong setiausaha kanan di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Mafi.

Beliau memetik angka oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), yang membuat tinjauan dalam talian mengenai kesan PKP terhadap pemain industri makanan.

Ia mendapati 64% tidak dapat menjual hasil malah hanya 17% sahaja dapat beroperasi dengan kapasiti biasa.

Dari segi kekangan pengedaran, 48% daripada mereka yang ditinjau mengadu mengenai hal ini.

Perumal berkata demikian ketika webinar keselamatan makanan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Bait Al-Amanah.

Webinar itu membincangkan keselamatan dan ketahanan makanan di Malaysia yang teruji ketika pandemik Covid-19.

“Perniagaan ditutup atau beroperasi pada kapasiti minimum. Manakala dari sudut pengguna, terdapat pembelian panik di pasar raya dan kedai runcit.

“Pengguna juga berhadapan kenaikan harga sayur-sayuran atau komoditi yang cepat rosak.”

Tambah Perumal, sejumlah RM340 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan memang membantu keselamatan makanan negara.

“Dana khas bernilai RM1 bilion diberikan untuk keselamatan makanan. Pembiayaan khas itu memungkinkan campur tangan program bagi meningkatkan jumlah pengeluaran makanan oleh petani, penternak ternakan, nelayan dan pengusaha makanan.

“Selain itu, bagi meringankan beban kewangan dan aliran tunai perusahaan mikro kecil sederhana (PmKS), skema pembiayaan mikro kredit juga disediakan.

“Program lain yang dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan dan pengedaran logistik, serta untuk meningkatkan kemampuan kerja memandangkan jumlah pekerjaan kita mencapai 5%,” kata Perumal. – 22 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan