Iklan

Kes baharu Covid-19 kembali lepasi 5,000 hari ini

Ragananthini Vethasalam3 years ago23rd Jun 2021Berita
Kkm
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullag berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh negara kini 711,006.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2021. 
Iklan

MALAYSIA hari ini mencatatkan 5,244 kes jangkitan baharu Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan.

Jumlah kes harian kembali melepasi 5,000 selepas melaporkan 4,743 dan 4,611 kes dua hari lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 711,006. 

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 2,001 diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes.

Negeri lain yang turut melaporkan kes baharu adalah Sarawak (577), Sabah (129), Kelantan (81), Pulau Pinang (159), Perak (75), Kedah (189), Melaka (180), Pahang (245), Terengganu (27) dan Labuan(77).

Putrajaya dan Perlis merekodkan jumlah kes terendah iaitu masing-masing 13 kes.

Sementara itu, sebanyak 250,529 dos vaksin diedarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Ia merupakan jumlah tertinggi dalam sehari setakat ini.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (​JKJAV), 190,244 adalah dos pertama dan 60,285 adalah dos kedua.

Setakat 11.59 malam semalam, sebanyak 6.3 do vaksin telah digunakan.

Ini menjadikan 1.72 juta orang atau 5.3% penduduk yang telah menerima dua dos suntikan vaksin dan 4.57 juta orang atau 14% penduduk telah menerima dos kedua. – 23 Jun, 2021.

Iklan
Iklan