Kluster tempat kerja terus meningkat
Iklan
SEBANYAK 15 daripada 24 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini dikaitkan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata Kementerian Kesihatan juga mengesan tujuh kluster yang berkaitan dengan jangkitan komuniti.
15 kluster tempat kerja yang dilaporkan hari ini adalah:
1. Industri Jalan Bacang di Gombak, Selangor - (38 kes)
2. Warisan Puteri Construction Site di Sepang, Selangor - (65 kes)
3. Jalan Perdagangan Alam Jaya, di Kuala Selangor, Selangor - (19 kes)
4. Jalan Enam Selatan di Petaling, Sepang, Kuala Langat, Klang dan Hulu Langat - (92 kes).
5. Jalan Bandar Satu di Gombak, Selangor - (25 kes)
6. Industri Jalan Kidamai Dua di Hulu Langat, Selangor - (18 kes)
7. Industri Perusahaan Utama di Hulu Langat, Selangor - (30 kes)
8. Industri Jalan Macalister di Timur Laut dan Seberang Perai Utara - (21 kes)
9. Tingkat Perusahaan 6A di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Penang - (14 cases)
10. Industri Jalan Usaha Dua di Malacca Tengah and Alor Gajah, Malacca - (31 kes)
11. Jalan Mangga Satu di Malacca Tengah - (25 kes)
12. Jalan Raja Bot di Titiwangsa, Kuala Lumpur - (19 kes)
13. Jalan Kukuban di Titiwangsa, Kuala Lumpur - (34 kes)
14. Jalan Kempas Permatang di Johor Bahru, Johor - (8 kes)
15. Pasar Kemunting di Kuantan, Pahang - (17 kes)
Kluster tempat kerja dikesan di kilang, syarikat perkhidmatan dan tapak pembinaan.
Empat daripada kluster komuniti dikesan di Sarawak. Kluster berkenaan adalah Nanga Tada di Kanowit (107 kes), Jalan Kuala Tatau di Tatau dan Bintulu (22 kes), Sungai Katok di Meradong (34 kes) dan Tanjong di Lelengau di Pakan (52 kes).
Tiga kluster lain pula adalah Lorong Tun Mamat Dua di Melaka (28 kes), Kampung Segambut Dalam di Kuala Lumpur (70 kes) dan Jerung Surau di Terengganu (33 kes)
Melengkapkan senarai hari ini adalah kluster pusat tahanan Tembok Jelebu dengan 44 jangkitan dan kluster Jalan Sepang sebanyak 18 kes yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi di pusat dialisis.
Noor Hisham juga berkata sehingga kini terdapat 851 kluster jangkitan aktif di negara ini. – 23 Jun, 2021.