Angka kes di ICU meningkat 886
Iklan
JUMLAH kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan meningkat kepada 886 berbanding 866 semalam, dengan 20 lagi pesakit berada dalam keadaan kritikal, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata, seramai 446 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 60 kematian dilaporkan hari ini, bebanding lebih 80 kes dicatatkan dalam tempoh empat hari berturut-turut.
Ini menjadikan angka korban terbaru meningkat kepada 4,944 orang.
Sejumlah 5,586 kes baharu dilaporkan hari ini bebanding 4,777 kes sembuh.
Jumlah kes pulih berada pada paras 667,709 setakat ini, manakala angka keseluruhan kes baharu Covid-19 meningkat kepada 734,048 orang.
Dalam pada itu, sejumlah 61,395 kes aktif dilaporkan setakat ini.
Terdapat sembilan kes meninggal dunia di rumah.
Mangsa termuda hari ini adalah seorang lelaki berusia 20 tahun yang meninggal dunia di rumah sebelum di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Individu tertua adalah seorang wanita yang meninggal dunia di Hospital Jelebu, pesakit mempunyai sejarah diabetes, strok dan tekanan darah.
Sementara itu, seorang lelaki turut dilaporkan terkorban di hospital yang sama.
Kedua-dua si mati berusia 88 tahun.
Sementara itu, Selangor menyumbang satu pertiga daripada kematian yang dilaporkan hari ini dengan 20 kes, diikuti Kuala Lumpur (16), Kelantan (enam), Johor (lima), Negeri Sembilan (empat) dan Sarawak (tiga).
Melaka dan Pahang masing-masing melaporkan dua kematian manakala satu kes dilaporkan di Labuan dan Kedah. – 27 Jun, 2021.