Iklan

Kesatuan pekerja pembersihan hospital rayu bantuan

Hailey Chung Wee Kye3 years ago28th Jun 2021Berita
49931635727 1905669896 c
Pengurus penggumpul dananya, Chua Minxi memberitahu The Malaysian Insight RM135,000 sangat penting bagi menampung perjuangan kesatuan itu untuk anggotanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Jun 2021.
Iklan

KESATUAN pekerja yang memperjuangkan hak kakitangan pembersihan hospital berharap dapat mengumpulkan dana sejumlah RM135,000 bagi memastikan mereka terus beroperasi untuk tempoh setahun lagi.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (NUWHSAS) mewakili pekerja pembersihan di hospital kerajaan.

Kesatuan ini juga kini terlibat dalam kes mahkamah terhadap syarikat berkaitan kerajaan, UEMS Edgenta Berhad yang menggaji pekerja pembersihan hospital dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan hospital kerajaan.

Pengurus pengumpul dananya, Chua Minxi memberitahu The Malaysian Insight dana RM135,000 sangat penting bagi menampung perjuangan kesatuan itu untuk anggotanya dan dapat membiaya kerja serta perbelanjaan lain lima pekerjanya.

“Lima anggota kakitangan ini, yang sudah berkhidmat dengan kesatuan sejak 2016, sangat penting untuk kelangsungan fungsi kesatuan ini,” kata Chua.

“Dua daripadanya adalah pegawai hubungan industri, yang bertindak sebagai penghubung bagi anggota kesatuan dalam pertikaian dengan pihak pengurusan.

“Dua lagi adalah penganjur utama di wilayah utara, dan seorang adalah anggota kakitangan yang juga merupakan penganjur utama di wilayah selatan.”

Chua berkata, kelima-lima mereka bekerja dengan duit mereka sendiri dan bergantung kepada rakan dan keluarga bagi membiaya perbelanjaan peribadi dan pekerjaan mereka.

“Ini termasuk masa, tenaga kerja dan kos perjalanan yang diperlukan untuk melawat pekerja pembersihan hospital di seluruh negara serta mengatur demonstrasi untuk hak anggota kesatuan.

“Ini adalah tekanan kewangan bagi mereka dan Covid-19 memburukkan lagi keadaan,” kata Chua. – 28 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan