6,276 kes baharu Covid-19, lebih separuh di Lembah Klang
Iklan
LEMBAH Klang menyumbang lebih separuh daripada 6,276 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kes-kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 751,979.
Selangor mendahului dengan 2,836 kes diikuti oleh Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing dengan 644 serta 625 kes.
Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Sarawak (376), Kelantan (159), Pulau Pinang (131), Perak (137), Kedah (226), Melaka (223), Pahang (210), Terengganu (20), Labuan (132) dan Putrajaya (11).
Perlis melaporkan jumlah kes terendah dengan lima jangkitan.
Selain itu, sebanyak 231,733 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan semalam.
Daripada jumlah ini, 147,783 adalah dos pertama manakala 83,950 adalah dos kedua.
Ini menjadikan jumlah dos yang diberikan di bawah PICK sebanyak 7.82 juta di mana 2.21 juta atau 6.8% penduduk sudah menerima kedua-dua dos berkenaan. – 30 Jun, 2021.