Iklan

Pertemuan perayaan cetus kluster dengan 106 kes di Sarawak, kata KKM

Ragananthini Vethasalam3 years ago30th Jun 2021Berita
Kkl4
22 kluster baharu dilaporkan ini menjadikan kluster yang aktif sebanyak 886 di Malaysia setakat hari ini, kata Dr Noor Hisham. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Jun, 2021.
Iklan

SATU kluster Covid-19 dengan 106 kes dikesan berikutan perhimpunan perayaan di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti dikenali sebagai Po Ai itu dilaporkan di sebuah kampung dengan nama sama di Sri Aman.

Itu adalah salah satu daripada 23 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Selain Po Ai, terdapat tujuh kluster komuniti lain dalam senarai dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Tiga dilaporkan di Kelantan, iaitu kluster Jalan 14/44 Padang Tembak di Kota Bahru dengan 16 kes; Kampung Nibong Lemal di Pasir Mas dengan lapan kes; dan Kampung Pangkal Jetas di Machang dengan 19 kes.

Sarawak turut melaporkan dua kluster komuniti selain Po Ai, sementara Sabah dan Johor masing-masing satu kluster.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kluster hari ini berkait dengan tempat kerja, merangkumi kilang dan tapak pembinaan.

Kluster-kluster baharu yang dilaporkan hari ini ialah:

  • Industri Jalan Ikan Duyung di Klang, Selangor - 37 kes
  • Industri Subang Utama Enam di Klang dan Petaling, Selangor - 28 kes
  • Jalan PPS Satu di Klang, Selangor - 12 kes
  • Industri Jalan Masjid Batu Sembilan di Kuala Langat dan Klang, Selangor - 186 kes
  • Perindustrian 33 di Kepong, Kuala Lumpur - 13 kes
  • Pasar TTDI di Kepong dan Cheras, Kuala Lumpur - 11 kes
  • Jalan Prima Impian di Kepong, Kuala Lumpur - 26 kes
  • Jalan Thean Teik di Timur Laut, Pulau Pinang -20 kes
  • Perindustrian Murni Empat di Kulai, Johor - 36 kes
  • Jalan Penaga Industri di Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor - 35 kes
  • Batu 23 Choh di Kulai, Pontian dan Batu Pahat, Johor - 6 kes
  • Perindustrian Rami Satu di Muar, Johor - 22 kes
  • Industri Bidor di Batang Padang, Perak - 8 kes

Dua lagi kluster berkait dengan kumpulan berisiko tinggi, iaitu kluster Jalan Emas Putih dengan lapan kes di Klang melibatkan rumah jagaan warga emas, dan kluster Meranti Indah sebanyak 16 kes di Bera, Pahang, melibatkan kakitangan dan kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan.

Setakat hari ini, kata Dr Noor Hisham, negara mempunyai 886 kluster aktif. – 30 Jun, 2021.

Iklan
Iklan