Iklan

Hampir 7,000 kes Covid-19 direkodkan hari ini 

Ragananthini Vethasalam3 years ago1st Jul 2021Berita
Covid
Selangor mencatatkan kes Covid-19 tertinggi dengan 2,885 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 988 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2021.
Iklan

MALAYSIA merekodkan hampir 7,000 kes Covid-19 hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 6,988 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 758,967.

Selangor mencatatkan 2,885 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 988 kes.

Jumlah kes harian Covid-19 kekal tinggi walaupun perintah sekatan pergerakan dikuatkuasakan seluruh negara bermula 1 Jun.

Setahun lalu, pada tarikh yang sama hari ini negara melaporkan hanya satu kes jangkitan Covid-19 yang mana ia merupakan kes import manakala penularan tempatan adalah sifar.

Jumlah keseluruhan kes pada masa itu hanya 8,640.

Sementara itu negeri lain yang mencatatkan kes baharu adalah Johor (270), Sabah (232), Sarawak (544), Negeri Sembilan (692 ), Kelantan (108), Pulau Pinang (174), Perak (149), Kedah (250), Melaka (311),Pahang (195), Terengganu (50), Labuan (129) and Putrajaya (10).

Perlis hanya merekodkan satu kes jangkitan. 

Dalam perkembangan lain, jumlah vaksin Covid-19 yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini melepasi 8 juta selepas 258,777 dos diberikan semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (​JKJAV) berkata 163,756 dos yang diberikan adalah dos pertama manakala 95,017 adalah dos kedua. 

Ini menjadikan jumlah dos vaksin yang diberikan di bawah PICK setakat 30 Jun adalah 8.08 juta.

Daripada jumlah itu, 2.30 juta orang atau 7.1% penduduk telah menerima dua dos vaksin manakala 5.77 juta menerima satu dos. – 1 Julai, 2021.

Iklan
Iklan