Iklan

Kluster tempat kerja, komuniti paling banyak dilaporkan hari ini

Ragananthini Vethasalam3 years ago1st Jul 2021Berita
Raya14
11 kluster tempat kerja, 9 melibatkan jangkitan komuniti manakala satu kluster berkait kumpulan berisiko tinggi dilaporkan hari ini, kata Dr Noor Hisham. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 21 kluster baharu Covid-19 hari ini, 11 melibatkan tempat kerja dan sembilan jangkitan komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat juga satu kluster kumpulan berisiko tinggi, yang dinamakan kluster Jalan Residensi di Pulau Pinang dengan 29 kes melibatkan kakitangan sebuah pusat perubatan.

11 kluster tempat kerja hari ini, yang kebanyakannya adalah kilang, ialah:

  1. Dah Batik Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah - 35 kes
  2. Dah Mawar Biru di Bandar Baharu, Kedah - 12 kes
  3. Dah Lima Industri Sungai Petani di Kuala Muda, Kedah - 34 kes
  4. Industri MIEL Bayan Lepas di Barat Daya dan Timur Laut, Pulau Pinang - 15 kes
  5. Lorong Perusahaan Maju Lapan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang - sembilan kes
  6. Jalan Perusahaan Maju Sembilan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Kerian, Perak - 13 kes
  7. Industri Balakong Empat di Hulu Langat, Selangor - 23 kes
  8. Industri Perusahaan Selesa Jaya di Hulu Langat, Selangor - 13 kes
  9. Jalan Sin Chew Kee di Lembah Pantai, Kuala Lumpur - 9 kes
  10. Kampung Telok Kemang di Muar, Johor - 31 kes
  11. Jalan Industri Enam Jelapang di Kinta, Perak - 8 kes

Sembilan kluster komuniti hari ini ialah:

  1. Kampung Tengah Tanah Merah di Tanah Merah, Kelantan - 8 kes
  2. Kampung Redang Gunong di Bachok dan Kota Bharu, Kelantan - 9 kes
  3. Kampung Bagus di Pasir Mas, Kelantan - 8 kes
  4. Kampung Hutan Banggol di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan - 15 kes
  5. Taman SP Mahang di Kota Bahru, Kelantan - 8 kes
  6. Seri Semarak di Titiwangsa, Kuala Lumpur - 72 kes
  7. Nahaba 2 di Kota Belud, Sabah - 27 kes
  8. Dah Tanjong Setol di Pendang, Kedah - 31 kes
  9. Jalan Lagenda di Tangkak, Johor - 18 kes

Sebahagian besar kluster ini dikesan selepas ujian saringan bersasar dibuat.

Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 887 kluster aktif di negara ini. – 1 Julai, 2021.

Iklan
Iklan