7,654 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam 31 hari, lapor KKM
Iklan
MALAYSIA hari ini merekodkan kes harian Covid-19 paling tinggi dalam 31 hari dengan 7,654 jangkitan baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kali terakhir kes jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara melebihi jumlah hari ini ialah pada 4 Jun lalu, iaitu 7,748 kes.
Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal negeri paling banyak kes dengan 3,260 jangkitan dilaporkan.
Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,550 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 698 kes.
Tiga negeri tersebut disusuli Kedah dengan 337 kes, Johor (313), Sarawak (286), Sabah (225), Melaka (230), Pulau Pinang (185), Pahang (180), Kelantan (118), Perak (94), Labuan (82), Terengganu (61), Putrajaya (33) and Perlis (2).
Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 yang direkodkan kini meningkat kepada 792,693 kes, kata Dr Noor Hisham.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 hari ini memaklumkan sebanyak 313,761 dos vaksin Covid-19 diberi semalam, dengan dos pertama sebanyak 196,603, manakala dos kedua sebanyak 117,158.
Ini menjadikan jumlah dos yang diberi setakat jam 11.59 malam 5 Jun adalah 9.32 juta, kata jawatankuasa itu di Twitter.
JKJAV juga berkata daripada jumlah tersebut, seramai 2.74 juta individu atau 8.4% populasi negara ini lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 6.59 juta atau 20.2% populasi baru menerima satu dos. – 6 Julai, 2021.