Lebih 300,000 dos vaksin diberi semalam, kata JKJAV
Iklan
LEBIH 9 juta dos vaksin sudah diagihkan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Sebanyak 313,761 dos diberi diberi semalam, dengan dos pertama sebanyak 196,603, manakala dos kedua sebanyak 117,158, sekaligus menjadikan jumlah dos yang diberi setakat jam 11.59 malam 5 Jun adalah 9.32 juta, katanya di Twitter.
JKJAV juga berkata daripada jumlah tersebut, seramai 2.740 juta individu atau 8.4% populasi negara ini lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 6.59 juta atau 20.2% populasi baru menerima satu dos.
Sebanyak 28.1% penduduk dewasa menerima satu dos, manakala 11.7% lagi sudah lengkap menerima dua dos, tambah jawatankuasa itu.
Putrajaya merekodkan angka tertinggi dengan 26.2% penduduknya sudah menerima dua dos vaksin Covid-19. Ini diikuti Labuan dengan 18.3% dan Perlis iaitu 17.4%.
Selangor yang masih mendahului merekodkan kes baharu Covid-19 terbanyak bagaimanapun merekodkan kadar vaksin terendah.
Setakat semalam, hanya 367, 895 atau 5.6% daripada 6.56 juta penduduk di negeri itu lengkap diberi dua dos vaksin.
Malaysia hari ini mencatat 7,654 kes baharu Covid-19, angka tertinggi dalam 31 hari. – 6 Julai, 2021.