Iklan

Sijil digital Covid-19 bukan prasyarat untuk ke negara EU, kata Suruhanjaya Eropah

Ragananthini Vethasalam3 years ago7th Jul 2021Berita
Perjalanan
Sijil digital Covid Kesatuan Eropah bukan prasyarat untuk masuk ke negara kesatuan kerana negara anggota boleh mengiktiraf vaksinasi dengan vaksin yang tidak sepadan dengan yang dibenarkan secara berpusat di EU.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Julai, 2021.
Iklan

SIJIL digital Covid Kesatuan Eropah (EU) bukan prasyarat untuk ke negara EU, kata jurucakap Suruhanjaya Eropah kepada The Malaysian Insight.

Jurucakap suruhanjaya untuk kesihatan, keselamatan makanan dan pengangkutan Stefan De Keermaecker berkata negara anggota juga mempunyai pilihan untuk mengiktiraf vaksinasi dengan vaksin yang tidak sepadan dengan yang dibenarkan secara berpusat di EU.

“Sijil digital adalah alat praktikal yang dapat memudahkan perjalanan ke negara-negara yang sekatan telah dibatalkan.

“Apabila sijil digital Covid EU atau sijil negara ketiga dikeluarkan, yang menunjukkan vaksinasi dengan vaksin yang tidak sepadan dengan yang dibenarkan secara berpusat di EU, setiap negara ahli mempunyai pilihan untuk mengiktirafnya,” katanya.

Baru-baru ini terdapat laporan yang menyatakan EU hanya mengiktiraf jenama Vaxzefria dari vaksin AstraZeneca, yang dihasilkan di UK dan Eropah untuk sijil digital Covidnya yang berkuatkuasa 1 Julai.

Ini menimbulkan kekeliruan sama ada mereka yang menerima vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di kilang di Asia, termasuk India, tidak akan dibenarkan memasuki negara EU.

Malaysia setakat ini menggunalan vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

De Keermaecker berkata, walaupun dinyatakan bahawa kemasukan ke EU dibenarkan kepada mereka yang divaksin sepenuhnya dengan salah satu vaksin yang diluluskan di EU, ia tidak bermakna vaksi itu perlu dihasilkan di kemudahan pihak berkuasa pemasaran di EU.

Tambahnya negara-negara anggota juga boleh membenarkan orang yang telah divaksin dengan vaksin yang telah melengkapkan proses penyenaraian penggunaan kecemasan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk masuk.– 7 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan