18 kluster baharu Covid-19 dikesan
Iklan
KEMENTERIAN Kesihatan hari ini mencatatkan 18 kluster baharu Covid-19 yang mana sembilan daripadanya adalah penularan komuniti, enam di tempat kerja, dua kumpulan berisiko tinggi dan satu di institusi pengajian tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 18 kluster berkenaan dikesan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Perak dan Kelantan.
Menurutnya ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada 2,970 dengan 850 kluster aktif.
Senarai kluster komuniti dan jumlah kes adalah seperti berikut:
1. Lorong Tiga Kampung Siol di Kuching dan Samarahan, Sarawak (69)
2. Sungai Bedil Besar di Kuching, Sarawak (31)
3. Pintasan Kota Belud di Kota Belud, Sabah (18)
4. Siasai Dundai di Kota Belud, Sabah (35)
5. Jalan Bukit di Johor Bahru, Johor (16)
6. Jalan Pulasan 18 di Johor Bahru, Johor (14)
7. Taman Dovenby di Kuala Kangsar, Kinta, Larut, Matang, Selama & Gombak, Perak dan Selangor (34)
8. Jalan Panchang di Sabak Bernam, Selangor (14)
9. Jalan Nik Yusuf di Pasir Mas, Kelantan (14)
Senarai kluster dan jumlah kes berkait tempat kerja dalah seperti berikut:
10. Tasik Utama 2 di Seremban & Port Dickson, Negeri Sembilan (27)
11. Industri Lengkok Emas Nilai di Seremban & Port Dickson, Negeri Sembilan (68)
12. Industri Jalan TMP Lapan di Melaka Tengah, Melaka (22)
13. Jalan Tun Razak Peringgit di Melaka Tengah, Melaka (29)
14. Jalan Metro Perdana di Kepong, Titiwangsa, Gombak, Petaling dan Kuala Selangor (19)
15. Pasar Orkid Sentosa di Hulu Selangor, Selangor (20)
Kluster pendidikan dan jumlah kes:
16. Sejantung di Hulu Selangor, Selangor (96)
Kluster kumpulan berisiko tinggi dan jumlah kes:
17. Jalan Limau Kampung Pasir di Johor Bahru, Johor (8)
18. Jalan Parit Mahang di Kuala Selangor, Selangor (45). – 7 Julai, 2021.